Noh
© Hafiz Shah
Music

Pahit getir Noh sebelum bergelar ‘frontman’ Hujan

Sanggup tinggalkan Miri, berkorban dan ikat perut di KL demi mengejar impian menjadi pemuzik.
Written by Georgie Joseph
6 min readPublished on
Aksinya sempoi, lagaknya selamba, orangnya kelakar.
Itulah Noh yang tidak di sangkal lagi antara pemuzik dan penyanyi yang berada di kelas tersendiri. Imej budak nakal dibawa pada awal kemunculan dahulu sangat besar pengaruhnya. Dia umpama trendsetter dengan stail rambut ala The Beatles, seluar skinny, serta vokalnya unik. Bergerak bersama band Hujan, tidak dapat dibayangkan jika bukan Noh atau nama penuhnya Mohd Noh Salleh, 30, menerajui band itu. Hakikatnya, warna-warni Hujan datang hampir sepenuhnya dari Noh terutama di pentas.
Dalam banyak-banyak repertoire Hujan band, pasti ada satu dua lagu yang melekat kuat di kepala peminat muzik tempatan. Kita tidak boleh mengkategorikan karya Hujan samada deep mahupun straightforward namun yang jelas, lagu mereka catchy!
Itulah hakikatnya yang menjadi faktor band dianggotai Noh sebagai vokalis, Hezry Hafidz atau AG Coco (gitaris), Azham Ahmad atau Ambobzeela (pemain drum), Hang Dimas (pemain keyboard), dan Izzat Uzaini (bassist) menakluk perhatian ramai.
Lebih manis, kerjaya Hujan terus marak gara-gara sokongan yang tidak terhingga daripada peminat setia mereka. Dinamakan Raingers, merekalah tiang sebenar yang menjadi tembok kekukuhan band kesayangan itu sehingga saat ini selepas lebih sedekad. Tidak hairanlah, pada konsert Hujan 10 Tahun meraikan sedekad penubuhannya, Noh tidak henti-henti ‘menyembah’ Raingers. Apatah lagi, mereka sanggup turun padang meskipun datang jauh dari Sabah, Sarawak, Johor dan Perlis bahkan dari Thailand pun ada. Semangat Raingers itu berpanjangan sehingga ke hari ini dimana hashtag #hujan10tahun dan #teamtakbolehmoveon masih sentiasa disebutkan.
Pahit getir Noh sebelum bergelar frontman Hujan, 2
Pahit getir Noh sebelum bergelar frontman Hujan, 2
Di sebalik kejayaan itu, lebih menarik untuk dikongsikan adalah ketabahan Noh selaku frontman yang sanggup berkelana ke Kuala Lumpur demi Hujan. Dia tidak pernah menyangka apa kesudahan kisah dirinya selain yang dia tahu adalah untuk merealisasikan impian muziknya. Bahkan, halangan demi halangan ditempuhi tanpa menoleh ke belakang. Lihatlah sekarang di mana kedudukan Noh berada.
Noh membongkar survival Hujan dan paling utama dirinya sendiri yang mana perjalanan mereka tidaklah semudah disangka. Lebih dulu bergerak secara underground, pengorbanan demi pengorbanan perlu dilakukan. Susah-senang ditempuhi Noh, AG Coco, Ambobzeela, Dimas, dan Izzat yang akhirnya mengeratkan lagi hubungan mereka seperti adik-beradik. Keakraban itu terjadi kerana mereka berlima sangat sayangkan Hujan.
Darah seni saya mengalir sejak kecil apabila didedahkan dengan muzik seawal umur 10 tahun. Di sekolah, saya adalah seorang penari dan sentiasa menyertai pelbagai acara persembahan. Yang pasti, saya bukan seperti kanak-kanak lain di mana saya lebih suka menyendiri di bilik membuat lagu atau mendengar muzik. Saya sejenis manusia yang bukan dilahirkan untuk cemerlang akademik."
“Demi muzik, saya gigihkan diri ke sini (KL) walaupun harus menggunakan duit sendiri. Sepanjang di KL, bapa saya kerap bertandang setiap tiga bulan dan tidak putus memujuk saya pulang. Namun, saya tidak mahu berpaling ke belakang dan meneruskan muzik dengan syarat mendapat restu mereka."
Blessing bagi saya sangat penting dan percaya kejayaan selama ini datangnya daripada doa tidak putus ibu saya.
Pahit getir Noh sebelum bergelar frontman Hujan, 3
Pahit getir Noh sebelum bergelar frontman Hujan, 3
“Kami bukan pemuzik profesional di mana dalam Hujan hanya AG dan Dimas sahaja pernah menjalani pengajian muzik. Tapi, dasarnya Hujan buat muzik sesuka hati saja, spontaneous tanpa ada sebarang perancangan. Maka, itu yang membuatkan kami sentiasa tidak rasa bagus kerana di luar sana masih ramai band lebih hebat berbanding Hujan."
“Namun, itu tidak pernah menggoyahkan keinginan kami meskipun ada sahaja pergaduhan internal berlaku. Kami sudah seperti adik-beradik di mana memang kena go through semua itu. Benda yang kami argue pun pasal direction muzik. Maklumlah, masing-masing mahu mempertahankan keegoan sendiri. Tapi bila fikir balik yang kami ini nothing dibandingkan orang lain, lantas kami berpijak semula di bumi nyata,” katanya.
Noh tidak dapat menggambarkan betapa bersyukurnya dia sampai ke tahap sekarang. Kedengaran klise, tapi Hujan juga struggled dan tidak pernah menjangka kejayaan sebegini. Turut berkongsi perjuangan peribadinya sendiri meninggalkan kampung halaman nun jauh di seberang Laut China Selatan di Miri, Sarawak, Noh mahukan perjuangan Hujan terus teguh.
Jujurnya, saya tidak tahu apa nasib saya di KL. Sedar tidak sedar, saya sudah pun berada tahap ini. Sehingga sekarang, abang saya sendiri pun sebenarnya masih tidak percaya dan tidak menerima kenyataan saya menjadi pemuzik berjaya. Mana tidaknya, dia yang memperkenalkan muzik kepada saya awal-awal dahulu."
“Masih segar di ingatan ketika dahulu saya bangun seawal pagi dan terpaksa menunggu bas dari rumah di Kota Damansara untuk ke Taman Tun Dr Ismail (TTDI) bagi menyiapkan lagu. Idea berkarya ketika itu datang tidak menentu dan setiap kali terlintas, saya sanggup buat apa saja demi sampai ke studio rakaman."
Pahit getir Noh sebelum bergelar frontman Hujan, 4
Pahit getir Noh sebelum bergelar frontman Hujan, 4
“Untuk Hujan pula, kami pernah tidak makan nasi selama seminggu dan hanya survived dengan berkongsi roti canai saja terutama sewaktu masih bergerak secara underground sekitar tahun 2006 dan 2007 lalu, berapalah sangat bayaran persembahan kami dapat. Paling-paling pun dalam RM80 saja yang mana selepas persembahan kami akan gunakan bayaran tersebut untuk makan. Jika kebetulan peminat ada sekali, kami belanja mereka sekali dan bayangkan duit itu habis begitu saja,” katanya.
Bercakap mengenai perubahan, bagi Noh, transisi Hujan mungkin kerana telah memasuki mainstream. “Untungnya Hujan, kami muncul di saat band sebegitu sangat relevan padahal banyak lagi band lain yang terlalu bagus. Apabila memasuki mainstream, ia umpama angin baru yang kami sendiri tidak pernah tahu. Muzik kami masih lagi bodoh seperti kebiasaan cuma kami lebih ambil berat terhadap fans dan paling utama, enjoy the journey.”
Dengan menekankan Raingers sebagai punca sebenar kejayaan mereka, tiada kata mampu diungkap terhadap sokongan padu Raingers selama ini. “Thank you from the bottom of my heart. Allah saja boleh membalas setiap yang dilakukan kalian. Hujan adalah band paling untung di Malaysia ada fans seperti korang. Kalau kami dikritik, Raingers tidak akan melenting pun.”
Sudah merakamkan 12 lagu baru sebagai pertaruhan untuk album atau EP terbaru, Hujan berharap dapat melakukan lebih banyak konsert selepas ini. “Pelan kami adalah untuk melancarkan single demi single dulu. Untuk konsert, duit saja yang tidak ada sekarang ini. Kami rancang mahu adakan di Sabah dan Sarawak pula selepas ini namun masih tercari-cari penaja.” Untuk rekod, Hujan pernah mengadakan persembahan di luar Malaysia iaitu di Jepun dan London.
Pahit getir Noh sebelum bergelar frontman Hujan, 5
Pahit getir Noh sebelum bergelar frontman Hujan, 5
Akhir sekali, Noh sempat berpesan beberapa tips atau pesanan yang barangkali agak sedikit pelik. Kontra dengan pengakuan tidak sukakan akademik dan pendidikannya yang dia sifatkan sebagai hancur, nasihat Noh kepada band baru adalah sebaliknya.
Tolong habiskan belajar dan dapatkan gred bagus. Buat muzik dalam 20 atau 30 percent saja. Industri kita tidak besar seperti Amerika Syarikat mahupun Indonesia. Kami sendiri cuma lucky keluar tepat pada masanya sedangkan banyak lagi band hebat. Just ignore critics dan enjoy the journey!” akhirinya.
Ikuti halaman RedBull.com Music di Facebook dan Twitter untuk infomasi terkini.
Dapatkan cerita terkini terus ke inbox anda menerusi Red Bull Newsletter.