Red Bull Motorsports
Rasanya seperti baru semalam Marc Marquez muncul dalam sukan permotoran MotoGP dan memenangi kejuaraan dunia pada 2013, sekaligus menjadi pelumba pertama yang memenangi kejohanan Moto2 dan MotoGP secara berturut-turut. Dan segala keraguan dan kata-kata sinis mengenai pencapaian ini telah dibuktikan salah.
INGIN MENONTON KEJOHANAN MOTOGP MALAYSIA? Beli 2 x tin Red Bull Produk Eropah pada Jumaat dan Sabtu (2-3hb November) di Red Bull Pit Stop di kawasan mal Litar Antarabangsa Sepang untuk mendapatkan 1 x tiket G Hillstand untuk menonton pusingan kelayakan dan perlumbaan pada Sabtu dan Ahad. Turut serta dalam kemeriahan dan singgah di kawasan kami bertempat di G Hillstand dari 9.30pg hingga 6.00ptg pada 3-4hb November 2018.
Kini, selepas enam tahun, Marc Marquez memiliki lima kejuaraan MotoGP – dan tujuh secara keseluruhannya, jika diambil kira kemenangan beliau di dalam Moto2 dan kelas 125cc.
1 min
Up to Level 7 with MotoGP champion Marc Márquez
Discover Marc Márquez's 5 MotoGP world titles playing on his arcade machine.
Setakat ini, Marquez telah meraih lebih 40 kemenangan MotoGP pada usia 25 tahun. Oleh kerana itu, lagenda MotoGP Valentino Rossi dan Giacomo Agostini, masing-masing dengan tujuh dan lapan kejuaraan, pasti merasakan rekod mereka sedang digugat oleh pelumba paling unggul dari generasinya.
Musim ini menyaksikan Marquez meneruskan kecermerlangannya. Walaupun bermula dengan agak kontroversi apabila beliau bertembung dengan Valentino Rossi dan Aleix Espargaró dan sekaligus tamat di tempat ke-18 di Argentina, Marquez seterusnya mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut, dan lima kemenangan dalam tujuh perlumbaan. Kecekalan inilah yang membantu Marquez untuk meraih kejuaraan yang kelima dalam enam musim.
Dengan usia yang masih muda, tiada siapa yang dapat menyangkal kedudukan beliau sebagai pelumba paling unggul pada masa akan datang. Berikut adalah sebab mengapa beliau pelumba motosikal paling sempurna.
1. Marquez berlumba dengan gaya lebih keras daripada yang lain
Gaya menunggang beliau mungkin terlalu keras, dengan teknik pembrekan yang sering melihat roda belakang Honda RC213V beliau seakan terhoyong hayang bila masuk ke selekoh, tetapi ianya terbukti berkesan.
Sejak debut beliau di dalam kategori 125cc, gaya agresif dan berani Marquez menyaksikan beliau mendominasi trek-trek di seluruh dunia termasuk Circuit of the Americas, Indiana Motor Speedway, Misano, dan lebih-lebih lagi Sachsenring. Pada Julai 2018, Marquez mencatatkan kedudukan kelayakan di petak pertama dan juga kemenangan sembilan kali berturut-turut di trek Jerman itu.
Marquez juga telah berjaya merubah dan memperbaiki gaya berlumba beliau setakat ini. Kelebihan ini dilihat dengan ketaranya apabila beliau berjaya “menjinakkan” motosikal Honda 2017 yang dianggap terlalu agresif dengan enjin yang amat garang. Namun Marquez berjaya meraih kejuaraan dunia dengan motosikal tersebut.
Gaya menunggang Márquez yang fizikal yang menjadikan beliau begitu tangkas, serta teknik ‘siku ke bawah’ yang diketahui ramai, bermakna beliau sentiasa dapat memaksimakan potensi motosikalnya. Namun, gaya ini juga tidak semestinya digemari pihak lawan. Di Grand Prix MotoGP Argentina pada April lepas, Valentino Rossi menyalahkan aksi memotong agresif Márquez untuk perlanggaran pasangan itu. Penalti 30 saat yang dijatuhkan ke atas Márquez di perlumbaan kedua musim 2018 itu bermakna beliau hanya meraih tempat ke 18.
2. Marquez bertindak balas lebih pantas daripada yang lain
Marquez sering memberi reaksi yang lebih pantas, tepat dan proaktif. Beliau sangat kenal jenteranya Honda RC213V, dan masuk musim kelima ini, beliau dapat menjangkakan apa saja tindak balas motosikalnya dalam apa juga keadaan perlumbaan.
Apabila motosikalnya melalukan sesuatu yang tidak dijangka, Marquez mempunyai skil dan kepantasan untuk beraksi dengan cepat. Minat beliau dalam sukan permotoran lain seperti motocross juga telah banyak membantu beliau untuk mempertajamkan tindak balasnya. Ini sangat perlu bagi gayanya yang sentiasa ingin mara sepantas mungkin. Kecekapan ini juga terbukti dengan jumlah insiden kemalangan di trek yang membabitkan Marquez sangat kecil.
Tindak balas dan kekuatan mental Marquez juga perlu diambil kira. Selepas insiden di Grand Prix Argentina 2018 di mana beliau dikritik hebat dan dianggap sangat cuai, Marquez terus memberi fokus sepenuhnya dan kembali beraksi garang, argresif dan berjaya memenangi tiga perlumbaan di Texas, Sepanyol dan Perancis, sebarang tanpa insiden.
3. Marquez tidak mudah gentar
Cita-cita kuat untuk memecahkan rekod menjadikan Marquez salah seorang pelumba MotoGP yang tidak kenal erti kalah. Bagi pelumba muda ini, tiada yang mustahil, dan beliau tidak gentar menhadapi apa jua cabaran.
Selepas kejayaan luarbiasa dalam Moto2, Marquez melangkah ke MotoGP tanpa sebarang masalah pada 2013 dan menjadi pelumba paling muda meraih petak pertama dalam kelayakan pada umur 20 tahun, 62 hari. Hari berikutnya, beliau menjadi pemenang MotoGP paling muda dalam sejarah.
Sejak itu, Marquez terus-menerus memecahkan satu demi satu rekod, tanpa rasa puas hati apabila semuanya menjadi kenyataan. Antara rekodnya termasuk pelumba paling muda meraih podium secara berturut-turut; yang paling muda mencatatkan pusingan terpantas dalam MotoGP, dan sudah tentu, pelumba paling muda yang pernah memenangi kejuaraan dunia MotoGP.
Paling menggerunkan pihak lawan, kejayaan ini semua, termasuk memenangi kejuaraan dunia buat kali kelima, akan hanya membakar terus keazaman Marquez untuk mengungguli sukan ini.
4. Marquez sememangnya lebih pantas daripada yang lain
Untuk memanangi kejuaraan dunia, anda perlu menunggang lebih pantas daripada pihak lawan. Ianya semudah itu. MotoGP bukanlah kisah dongeng arnab dan kura-kura. Dalam sukan ini, siapa pantas, dialah pemenang.
Kelajuan adalah faktor utama untuk memenangi perlumbaan dan kejuaraan dunia. Statistik menunjukkan yang pelumba-pelumba yang meraih catatan pusingan terpantas paling banyak akan selalunya menang perlumbaan, dan kejuaraan keseluruhan di penghujung musim.
Pelumba MotoGP dengan rekod peratusan kemenangan tertinggi adalah sudah pasti Marc Marquez, diikuti Micky Doohan dan Kenny Roberts. Dan siapakah yang berada di tangga teratas bagi peratusan pusingan terpantas? Ya, Marquez, dan sekali lagi diikuti Doohan dan Roberts. Perhubungan di antara kejayaaan mencatatkan pusingan terpantas sekaligus menghasilkan kemenangan tidak dapat dinafikan.
Sebelum MotoGP Thailand, Marquez juga mencatatkan pusingan terpantas dalam empat dari enam perlumbaan beliau. Ini berlaku di MotoGP Americas, MotoGP Sepanyol, MotoGP Perancis dan MotoGP Jerman.
5. Marquez lebih fit daripada yang lain
Rata-ratanya pelumba MotoGP adalah fit, dengan kecergasan kardiovaskular yang sangat baik serta kekuatan teras dan otot, walaupun berat badan mereka agak ringan.
Marquez mempunyai rutin latihan yang pelbagai dan kompleks demi memenuhi tuntutan fizikal sukan MotoGP.
Dengan tumpuan kepada kekuatan teras dan fleksibiliti, ianya membentuk tubuh badan yang mengagumkan serta memberi kebolehan kepada Marquez untuk mengemudi motosikal melebihi 260bhp, seberat 160kg yang menghasilkan 1.4 Kuasa-G serta berkelajuan sehingga 350kmj.
Sudah pasti, kekuatan mental juga penting. Berlumba untuk 45 minit pada kelajuan maksima di dalam suhu dan cuaca yang ekstrim dan begitu mencabar ketahanan fizikal, memerlukan tahap tumpuan luar biasa.
Marquez telah berjaya mengasah mindanya untuk tidak kehilangan fokus, biarpun untuk seketika, yang menjadi perbezaan di antara kalah atau menang. Teknik visualisasi, latihan mental dan pemakanan sihat juga turut membantu beliau sentiasa berfikiran tajam dan bersedia secara fizikal.
Keazaman dan dedikasi inilah yang menjadikan Marquez jarang tersingkir terus dari persaingan, walaupun di perlumbaan-perlumbaan yang tidak dimenangi beliau seperti di GP Brno, Spielberg dan Misano pada Ogos dan September lepas. Dengan menduduki tempat kedua dan ketiga, Marquez tetap meraih mata yang sangat berharga.